Soalan Kerap Ditanya (FAQ)


Soalan yang sering diajukan (FAQ) mengenai UNIMAS dan Kolej Cempaka dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

SOALAN : Adakah saya boleh memilih rakan untuk tinggal dalam bilik atau rumah yang sama?
JAWAPAN : Memandangkan senarai penghuni dijana secara rawak menggunakan komputer, tidak boleh memilih rakan untuk tinggal dalam bilik atau rumah yang sama.

SOALAN : Berapa kapasiti penghuni dalam satu-satu rumah dan apakah kemudahan yang disediakan dalam rumah tersebut?
JAWAPAN : Rujuk pautan ini http://mahasiswabarucempaka.blogspot.com/2013/07/mengenai-apartment.html

SOALAN : Apakah peralatan yang boleh dan tidak boleh dibawa ke dalam rumah?
JAWAPAN : Peralatan yang dibenarkan adalah telefon bimbit dan pengecas, komputer riba dan pengecas seorang satu unit, seterika 2 unit kongsi serumah, televisyen kecil satu unit kongsi serumah, cerek elektrik 1.5 liter 2 unit kongsi serumah, dan printer.

Tidak dibenarkan membawa alatan memasak dan mesin basuh. Peti sejuk hanya dibenarkan kepada pelajar yang menggunakan insulin dan mendapat pengesahan doktor dan kebenaran Pengetua Kolej. Selain peralatan yang disebutkan, perlu memohon kelulusan dari pejabat kolej. Sebarang pindaan berkaitan peralatan adalah tertakluk dari semasa ke semasa .

SOALAN : Adakah terdapat perkhidmatan wifi di kolej?
JAWAPAN : Ada, tetapi tahap capaian mengikut lokasi, dan berapa ramai pengguna wifi pada masa tersebut. Perkhidmatan ini akan terus melalui peningkatan dari semasa ke semasa.

SOALAN : Apakah broadband yang sesuai untuk saya gunakan jika berada di kolej?
JAWAPAN : Kami mencadangkan untuk menggunakan Maxis, Celcom dan Digi untuk broadband. Kemudahan membayar bil bagi Maxis juga disediakan di Student Pavillion.

SOALAN : Berapakah jarak antara kolej dengan fakulti ?
JAWAPAN : 5 hingga 10 minit berjalan kaki daripada kolej ke FSKPM, FSS, FEP, FSGK dan Pusat Pengajian Bahasa, 10 hingga 15 minit berjalan kaki daripada kolej ke FSKTM, FSTS dan FK .

SOALAN : Adakah saya boleh membawa kenderaan bermotor di UNIMAS dan Kolej Cempaka?
JAWAPAN : Pelajar Tahun Satu tidak boleh mendapatkan pas kenderaan pelajar seterusnya tidak dibenarkan membawa kenderaan bermotor pada tahun pertama pengajian. Pas kenderaan pelajar boleh dipohon mulai tahun kedua pengajian sahaja. Sekiranya kenderaan bermotor tiada pas kenderaan pelajar, tindakan saman dan clamp kenderaan boleh dikenakan .

SOALAN : Saya mendaftar di Kolej Cempaka pada 1 September / 2 September, bolehkah saya keluar untuk membeli barangan di luar UNIMAS?
JAWAPAN : Anda boleh keluar dari UNIMAS, tetapi wajib pulang ke kolej semula sebelum jam 5 petang, 2 September 2014 kerana pada sebelah malamnya MAP telah bermula. Sila maklumkan kepada Liaison Officer (LO) dengan mengisi borang yang akan disediakan pada hari pendaftaran nanti. Selain daripada mencari keperluan di luar UNIMAS, ibu bapa dan para pelajar juga boleh ke Student Pavillion untuk mendapatkan barangan dan kelengkapan diri.

Tanyakan soalan anda di sini!