Peraturan Kolej Kediaman



1. Pendahuluan
Peraturan ini bertujuan untuk menjaga keselamatan, ketenteraman, keselesaan dan ketenangan hidup semua penghuni kolej dan berkuatkuasa di seluruh dan di sekitar kawasan kolej. Tiap-tiap kelakuan atau perbuatan yang melanggar atau disifatkan melanggar mana-mana bahagian dari peraturan ini adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib, sepertimana terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975.

2. Ketenteraman dan Keselamatan
Keselamatan dan ketenteraman penghuni adalah penting untuk membolehkan semua penghuni dapat hidup dengan selesa dan boleh belajar dengan tenang dan tenteram.

Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menjaga, memelihara dan mengekalkan ketenteraman, keselesaan dan keselamatan semua penghuni dan mengawalnya dari diganggu atau diancam oleh mana-mana anasir dari dalam atau dari luar Penginapan Pelajar.

Maka dengan ini, adalah menjadi larangan dan kesalahan bagi mana-mana penghuni, secara individu atau kumpulan yang dengan perbuatannya mengancam atau menggangu atau dengan apa cara yang boleh dianggap sebagai mengancam atau mengganggu dengan sengaja atau tidak sengaja, ketenteraman, kesiksaan dan keselamatan setiap penghuni Penginapan Pelajar.

Dengan apa cara sekalipun, adalah menjadi kesalahan bagi seseorang penghuni atau kumpulan penghuni melakukan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat atau bahaya atau bersubahat dengan sebarang anasir dari dalam atau dari luar Penginapan Pelajar untuk mendatangkan mudarat atau bahaya kepada seseorang penghuni atau yang dianggap sebagai mengancam keselamatan penghuni sama ada perbuatanperbuatan ini dilakukan dalam bangunan atau sekitar kawasan Penginapan Pelajar.

3. Permohonan menjadi penghuni
Mana-mana pelajar yang ingin menjadi penghuni Penginapan Pelajar boleh memohon dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di Pejabat Penginapan Pelajar.

4. Pemilihan permohonan
Pemilihan permohonan untuk menjadi penghuni Penginapan Pelajar adalah ditentukan oleh Pejabat Penginapan Pelajar dengan persetujuan Dekan Pusat Pemajuan Pelajar.

5. Penghuni tanpa izin
Mana-mana pelajar/penghuni yang menghuni atau menduduki bilik tanpa izin atau mana-mana pelajar/penghuni yang masih menetap di Penginapan Pelajar pada hal pelajar berkenaan tidak lagi bertaraf sebagai penghuni rasmi Penginapan Pelajar boleh diambil tindakan tatatertib oleh Pejabat Penginapan Pelajar.

6. Mengosongkan bilik
Semua penghuni adalah diminta untuk mengosongkan bilik masing-masing di Penginapan Pelajar paling lewat pada hari terakhir setiap semester.

7. Penghuni cuti Semester
Mana-mana penghuni yang ingin menduduki atau menetap di Penginapan Pelajar dalam masa cuti semester hendaklah terlebih dahulu memohon dan mendapat kelulusan Pejabat Penginapan Pelajar supaya tidak dianggap sebagai penghuni tanpa izin.

8. Menarik diri dari menjadi penghuni
Mana-mana penghuni yang ingin menarik diri dari menjadi penghuni Penginapan Pelajar hendaklah terlebih dahulu memberitahu Pejabat Penginapan Pelajar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum meninggalkan Penginapan Pelajar. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan permohonan seterusnya oleh penghuni berkenaan untuk menduduki semula Penginapan Pelajar.

9. Penghuni bermalam Di luar Kampus
Penghuni Penginapan Pelajar yang ingin bermalam di luar kampus selama semalam atau lebih hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu dari Pejabat Penginapan Pelajar dengan mengisi borang permohonan yang disediakan di Pejabat Penginapan Pelajar.

10. Kehilangan harta benda penghuni
Setiap penghuni bertanggungjawab ke atas barangan kepunyaan sendiri. Pejabat tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan harta benda penghuni. Bagaimanapun, penghuni adalah dinasihatkan untuk melapor setiap kehilangan atau kerosakan harta benda milik sendiri atau milik universiti atau milik pihak lain dengan segera
kepada Pejabat Penginapan Pelajar sekiranya kejadian ini terjadi di Penginapan Pelajar.

11. Kunci dan barangan Universiti di dalam bilik
Memasang lain-lain jenis kunci atau mangga dan sebagainya pada pintu bilik selain dari yang telah disediakan oleh Penginapan Pelajar adalah tidak dibenarkan.

Sebelum meninggalkan Penginapan Pelajar pada penghujung Semester, setiap penghuni adalah di minta untuk memulangkan kunci bilik masing-masing ke Pejabat Penginapan Pelajar pada atau sebelum tarikh yang ditentukan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan penghuni berkenaan dikenakan satu bayaran
penalti.

Kunci-kunci yang hilang semasa dalam pengawasan pelajar hendaklah diganti dengan kadar bayaran yang ditentukan dari semasa kesemasa bergantung kepada harga semasa kunci yang hilang.

Penghuni adalah bertanggungjawab ke atas barang-barang universiti yang disediakan di dalam bilik masing-masing. Penghuni boleh dikenakan bayaran ganti rugi atas kehilangan atau kerosakan mana-mana harta benda universiti mengikut kadar yang ditetapkan atau mengikut kadar pasaran semasa harga barangbarang
tersebut.

Perabot dan lain-lain kelengkapan di dalam mana-mana bilik penginapan tidak boleh dipindahkan dari bilik berkenaan tanpa kebenaran Pejabat Penginapan Pelajar.

Penghuni yang memerlukan sesuatu barang atau peralatan dalam biliknya untuk diperbaiki atau diganti hendaklah menggunakan borang tertentu yang disediakan di Pejabat Penginapan Pelajar.

12. Kebersihan bilik
Kebersihan dan kekemasan bilik adalah tanggungjawab penghuni. Oleh itu sebarang kertas atau notis atau apa saja yang perlu ditampal dalam bilik hendaklah ditampal pada tempat yang dikhaskan untuknya dan bukan merata-rata seperti pada dinding bilik.

13. Menyimpan peralatan elektrik
Sebarang alat elektrik melainkan yang disediakan oleh Pejabat Penginapan Pelajar adalah tidak dibenar disimpan dalam bilik kecuali dengan kebenaran/kelulusan Pejabat Penginapan Pelajar.

Semua alat elektrik gunasama yang disediakan untuk kegunaan semua penghuni hendaklah digunakan di tempat yang dikhaskan oleh Pejabat Penginapan Pelajar.

14. Menggunakan tenaga dan peralatan elektrik
Menyambung bekalan elektrik secara berlebihan dan dari sumber selain dari yang disediakan di bilik dan di mana jua adalah dilarang keras.

Penghuni dikehendaki memadamkan semua lampu, selain dari lampu baca, di dalam bilik tidak lewat dari pukul 12.00 tengah malam.

Setiap penghuni adalah diminta untuk memberi kerjasama untuk memadamkan lampu dan mematikan kipas pada masa hendak meninggalkan bilik masing-masing.

Penghuni terakhir yang meninggalkan sesuatu bilik umum atau bilik tetamu adalah dikehendaki memadamkan semua lampu, kipas, TV dan lain-lain perkakas atau alat letrik serta menutup semua tingkap bilik tersebut juga lampu-lampu lain seperti lampu tandas dan serambi jika tidak diperlukan lagi.

15. Penggunaan bilik pantri
Bilk Pantri adalah dikhaskan sebagai sebagai tempat makan, minum, menjerang air dan memanaskan makanan sahaja. Masak memasak, membasuh pakaian dan sebagainya adalah dilarang.

Semua peralatan yang disediakan didalam Bilik Pantri hendaklah dibersih dan disimpan setelah digunakan dan tidak boleh dibawa keluar dari Bilik Pantri tersebut.

16. Memasuki atau berada dalam bilik penghuni lain
Seseorang penghuni adalah tidak dibenar berada dalam bilik penghuni lain
i) kecuali dengan izin penghuni bilik berkenaan
ii) setelah jam 12 malam

17. Tetamu bukan penghuni
Tetamu bukan penghuni adalah tidak dibenar berada dalam bilik Penginapan Pelajar pada bila-bila masa.
Bagaimanapun peraturan ini adalah tidak berlaku bagi seseorang pegawai Universiti yang memasuki bilik itu bagi maksud menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab.

18. Menghalang pegawai universiti dari menjalankan tugas
Seseorang penghuni tidak boleh melakukan sesuatu untuk menghalang, merintang atau menahan seseorang pegawai Universiti dari memasuki mana-mana bilik kerana menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya di dalam bilik tersebut.

19. Bertukar bilik
Mana-mana penghuni yang ingin bertukar bilik hendaklah memohon dan mendapat kelulusan pihak Penginapan Pelajar terlebih dahulu. Bagaimanapun perkara ini adalah tidak digalakkan. Kes-kes tertentu yang mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah sahaja yang akan di pertimbangkan.

20. Mengosongkan bilik
Pihak Penginapan Pelajar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab boleh menghendaki seseorang penghuni mengosongkan biliknya atau berpindah ke bilik lain pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa memberi apa-apa sebab.

21. Tetamu menumpang
Seseorang penghuni yang mempunyai tetamu dari luar yang ingin bermalam di Pusat Penginapan Pelajar hendaklah memohon dan mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Pejabat Penginapan Pelajar.

Seseorang penghuni adalah tidak dibenarkan memberi tumpangan kepada tetamu dari luar tanpa kelulusan Pejabat Penginapan Pelajar.

22. Senyap
Suasana senyap dan tenang hendaklah diwujudkan di kawasan penginapan adalah jam 12.00 malam hingga 6.00 pagi. Para penghuni adalah dilarang membuat bising dengan apa cara jua pada sebarang masa dan diminta bertimbang rasa terhadap ketenteraman penghuni lain.

23. Judi, dadah minuman keras menghidu gam
Bermain judi dengan apa cara; minum minuman keras; menyalahgunakan dadah; memiliki, menyimpan, mengedar minuman keras dan dadah; dan menghidu gam dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali didalam atau di sekitar Penginapan Pelajar.

24. Merokok
Penginapan Pelajar dan sekitarnya adalah kawasan larangan merokok (Non Smoking Area). Mana-mana penghuni yang ingin merokok hendaklah berbuat demikian di tempat yang telah disediakan didalam kampus. Merokok di dalam bilik adalah dilarang keras. Jika berlaku kebakaran disebabkan merokok, maka
perbuatan merokok itu menjadi kesalahan tatatertib.

25. Memelihara binatang
Memelihara binatang peliharaan atau pet di kawasan Penginapan Pelajar adalah dilarang.

26. Mengambil tindakan sendiri
Sekiranya seseorang penghuni tidak berpuashati terhadap seseorang penghuni lain atau pegawai Universiti, ianya tidak boleh bertindak sendiri secara langsung. Ia hendaklah merujuk perkara tersebut kepada Dekan, Pusat Pemajuan Pelajar.

27. Kawasan larangan
Kawasan penginapan pelajar wanita adalah menjadi larangan kepada mahasiswa dan sebaliknya.

28. Aktiviti sosial dan ceramah
Mana-mana penghuni yang ingin menjalankan aktiviti sosial di Penginapan Pelajar hendaklah terlebih dahulu memohon dan mendapat kebenaran dari Pejabat Penginapan Pelajar.

29. Bahan lucah
Adalah menjadi kesalahan tatatertib bagi seseorang penghuni memiliki, menyimpan atau mengedar atau dengan apa cara membolehkan memiliki, menyimpan atau mengedar sebarang bentuk benda atau bahan lucah atau benda atau bahan yang boleh disifatkan sebagai lucah di mana-mana tempat di Penginapan
Pelajar.

30. Pelawat
Para penghuni yang mempunyai pelawat dari luar adalah disyorkan agar melayani tetamu/pelawat mereka di Bilik Tetamu Penginapan Pelajar.

Pelawat dari luar adalah dibenar berada di Bilik Tetamu Penginapan Pelajar sehingga jam 11.00 malam sahaja.

31. Ragging
Segala bentuk penderaan (ragging) adalah diharamkan. Seseorang penghuni yang didapati bersalah atas rangging boleh dikenakan hukuman tatatertib.

32. Pakaian
Pihak Penginapan Pelajar menyediakan tempat menjemur pakaian. Oleh itu, semua pakaian penghuni hendaklah dijemur pada kawasan yang telah disediakan. Sebarang bentuk pakaian tidak dibenarkan dijemur di luar tingkap.

33. Tempat letak kenderaan
Kenderaan kepunyaan penghuni dan pelawat hendaklah di tempattempat yang dikhaskan oleh Pihak Penginapan Pelajar.

34. Penjaja
Penjaja-penjaja tidak dibenarkan berjaja di Kawasan Penginapan Pelajar kecuali dengan kebenaran daripada Pihak Penginapan Pelajar.

35. Kemalangan
Semua kemalangan hendaklah dilaporkan serta merta kepada Pejabat Penginapan Pelajar atau Felo yang menginap. Adalah menjadi larangan kepada penghuni yang mengidap penyakit yang berjangkit untuk terus tinggal dalam Penginapan Pelajar kecuali atas persetujuan Pegawai Kesihatan Universiti.

36. Tatatertib
Jika terdapat seseorang penghuni itu melanggar peraturan yang ditetapkan, Pihak Penginapan Pelajar secara lisan atau bertulis, boleh memanggil penghuni terlibat pada suatu ketika yang ditentukan.

37. Denda
Pihak penginapan Pelajar boleh mengambil tindakan tatatertib seperti di bawah :-
i) memberi amaran
ii) mengenakan denda tidak melebihi RM50.00 bagi tiap-tiap kesalahan yang terbabit dengan kesalahan; kecuali mengenai ganti rugi dari kerosakan harta benda Penginapan Pelajar.
iii) menggantung atau menahan masuk ke Kawasan Penginapan Pelajar selama tempoh yang ditentukan.

38. Pindaan
Walau bagaimanapun, Pihak Penginapan Pelajar berhak membuat pindaan, perubahan dan tambahan Peraturan Penginapan Pelajar dari masa ke semasa.