Mengenai Kami


Mengenai Kami
Kolej Cempaka merupakan kolej kediaman yang kelapan di UNIMAS. Pembinaannya tamat pada November 2006 dan secara rasminya dibuka pada 1 Julai 2007. Penghuni pertama Kolej Cempaka terdiri daripada pelajar ambilan Julai 2007/2008.

Kawasannya yang strategik terletak di hadapan Tasik UNIMAS dan bersempadan dengan Kolej Bunga Raya dan Kolej Tun Ahmad Zaidi. Menambahkan lagi keunikannya ia juga berdekatan dengan Bangunan Canselori, beberapa fakulti dan Lakeview Cafe.

Matlamat Kolej Cempaka
"Mendukung visi dan misi UNIMAS dengan mewujudkan persekitaran penginapan yang kondusif, selamat dan mesra bagi seluruh warga universiti untuk menimba ilmu dengan cemerlang, menjalani kehidupan kampus yang ceria sekaligus membentuk keperibadian dan sahsiah diri yang unggul."